Home > Politik/Isu semasa > Isu ISA- Pandangan saya, anda bagaimana?

Isu ISA- Pandangan saya, anda bagaimana?

Ini topik yang sangat hangat dibualkan, dari peringkat tertinggi negara sampailah ke peringkat kedai kopi…Masing-masing ada tafsiran sendiri, mengikut latar belakang atau lapangan yang mereka ceburi atau alami…

Saya hanya bersuara atas kapasiti saya sebagai rakyat Malaysia, saya tidak ada pangkat Dr, Prof, Datuk, Dato’, Tan Sri, malah jauh lagi Y.A.B Perdana Menteri…Apabila orang politik berbicara tentang ISA, dikatakan mereka ini bercakap kerana politik dan melindungi kepentingan tertentu…

Apabila Majlis Peguam, ataupun peguam-peguam mengupas ini, mereka akan berckap tentang isu keadilan…’dimana keadilan kepada tahanan ISA ini kerana mereka didakwa tanpa bicara?’
inilah yang akan dihujahkan mereka….

Di pihak Parti Pembangkang, mereka akan cakap bahawa ini tidak adil…dimana demokrasi? ini adalah kerajaan rakyat, dipilih rakyat, maka suara adalah dari rakyat…hapuskan ISA, mari kita tegakkan keadilan, hapuskan kezaliman…maka ‘Lawan tetap lawan..’

Di pihak kerajaan, ini adalah perlu untuk menangani mereka yang bertindak melampau batasan hingga menjejaskan keamanan dan kestabilan negara…Tapi saya musykil sejak akhir2 ini, ISA digunakan mungkin untuk tujuan melindungi kepentingan politik tertentu…orang tertentu..Apakah ini adil? Budak tadika pun boleh jawab, ini tidak adil…

Bagi saya, untuk menjawab isu ni ialah;

1) Negara Malaysia adalah negara majmuk, terdiri dari 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Apabila mengatakan kaum Melayu adalah dominan dan majoriti, ini tidak bermakna bahawa hanya orang Melayu yang berkuasa…Kita perlu ingat bahawa pemberian kerakyatan kepada kaum Cina dan India adalah satu pengorbanan besar, iaitu apabila kerakyatan diberi maka mereka layak mengundi calon pilihan mereka dan menentukan hala tuju dan juga membuat dasar-dasar untuk negara.

2) Dalam 27 juta rakyat Malaysia ini, yang paling kronik nya ialah kita ini masyarakat yang sangat kompleks dalam dunia…Ramai pengkaji politik mengakui bahawa masyarakat di negara ini sebagai …’extreme example of a plural society’ . Kenapa perlu disamakan dengan Amerika Syarikat? Ya..mereka memang demokrasi, cakaplah apa yang anda suka..tiada tindakan macm ISA di Malaysia…US ada pelbagai kaum, bangsa, etnik, tetapi agama sama..tapi kita di Malaysia, Melayu ialah Islam, Cina ialah Buddha, dan India ialah Hindu. Agama ialah bab yang sensitif, sedikit perselisisihan boleh bawa padah..Bukan agama saja yang berbeza, tapi bangsa, kepercayaan dan adat resam pun lain-lain dikalangan rakyat Malaysia…

3) Setiap kaum memiliki sentimen primordial yang tinggi dan bertentangan dengan kaum lain.Sikap etnosentrisisma dan pemilikan sentiment primordial yang tinggi oleh berbagai kaum itu telah melahirkan parti-parti politik yang jelas mewakili satu-satu kaum tertentu.Mengeksploitasi isu perkauman memudahkan parti-parti ini meraih sokongan dalam isu dan kempen politik.

4) Kebangkitan kumpulan pendesak seperti HINDRAF dan sebagainya yang berlatarbelakangkan suatu gerakan awam, berpotensi menggugat kestabilan dan keamanan negara kerana gerakan kumpulan pendesak ini mempunyai sokongan grassroots yang luas.

5)Demokrasi di Malaysia bukanlah secara mutlak, tetapi terhad oleh parameter demokrasi Malaysia yang tertakluk kepada beberapa akta seperti ISA, Akta Polis, Akta Percetakan & Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan Akta Rahsia Rasmi.

Kesimpulannya, ISA perlu di Malaysia dalam menangani segelintir mereka yang ekstrim dalam memperjuangkan hak-hak tertentu, tanpa memperdulikan keselamatan, keamanan dan keharmonian rakyat. Adakah kita mahu lihat negara ini menjadi kacau bilau hanya kerana segelintir yang membuat hal?Pihak yang berkuasa serta pemimpin perlu menggunakan akta ini juga secara adil, tanpa berniat politik supaya rakyat tahu bahawa ISA ini masih relevan terhadap iklim Malaysia.

-Karya Orang Timur-

Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: