Home > Politik/Isu semasa > Bangunan Parlimen Baru bernilai RM 800 juta tidak perlu

Bangunan Parlimen Baru bernilai RM 800 juta tidak perlu

  1. Baru-baru ini kerajaan Malaysia telah megumumkan cadangan pembinaan Bangunan Parlimen yang baru; bernilai kira-kira RM 8OO juta. Ianya telah heboh di media massa apabila ianya dibangkitkan oleh DAP kepada Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.
  2. Ianya menjadi buah mulut orang ramai kerana bangunan sedia ada amat indah dan megah berdiri di kawasan berdekatan Tasik Perdana dan menjadi salah satu warisan serta ikon negara selama ini. Menggantikannya adalah bukan jawapan yang waras!
  3. Alasan kerajaan bahawa bangunan ini sudah lama dan uzur adalah tidak relevan sedangkan umum mengetahui kos memperbaiki dari membina semula adalah tentunya lebih rendah. Menurut laman Malaysiakini; Nazri berkata RM150 juta diperlukan bagi memperbaiki bumbung parlimen dan juga pendawaian elektrik bangunan itu, mankala RM800 juta diperlukan bagi membina bangunan Parlimen baru.
  4. Rakyat memang mengetahui bahawa bumbung parlimen pernah bocor, dan ianya telah hebah di media massa. Tetapi kita memahami bahawa bangunan ini telah lama, dibina sejak zaman Tunku selepas merdeka, tentunya benda yang lama akan rosak ataupun tidak sempurna disebabkan faktor usia. Cuma baiki saja, tidak perlu sampai untuk bina semula!
  5. Adakah jika rumah kita bumbungnya bocor, atau pendawaian elektrik telah terjejas, kita perlu meruntuhkan sebuah rumah dan cari tapak baru untuk membinanya semula? Hanya orang yang tidak berfikir panjang dan mempunyai ‘wang’ lebih saja berbuat begitu.
  6. Ini tentunya akan menjadi sindiran kepada kerajaan memerintah kini, tatkala rahsia kerajaan berhutang setiap tahun didedahkan dan pemberian subsidi kepada rakyat dijadikan alasan bahawa negara tidak akan menjadi maju malah bankrup, bagaimana pula dengan sistem urus dan tadbir kewangan kerajaan yang lebih suka boros dan membazir ini?
  7. Saya yakin dan pasti, ini akan menjadi modal kepada pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan, tapi berkenaan isu ini, saya menjangkakan rakyat di pihak mereka (pembangkang). Manakan tidak, disebalik kesibukan kerajaan ingin memansuhkan subsidi, mengimplementasikan GST, yang semuanya ini ibarat memindahkan beban kepada rakyat, projek mega beratus juta ini pula masih ada dalam perancangan kerajaan.
  8. Perlunya seorang pemimpin melakukan tindakan yang rasional dan bijak, kelak nanti dihukum oleh rakyat pada pilihanraya akan datang kerana mereka dipilih rakyat untuk membantu mereka, kebajikan dijulang, bukan pada akhirnya mengalirkan beban kepada rakyat dek keputusan-keputusan ‘bahlul’ mereka ini. Wallahualam.
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: