Home > Politik/Isu semasa > Beza Utusan Malaysia dan akhbar lain

Beza Utusan Malaysia dan akhbar lain

  1. Saya suka baca akhbar Utusan Malaysia. Sejak dari kecil ayah dan ibu saya akan membeli akhbar ini, jika hujung minggu pasti tidak ketinggalan membaca Mingguan Malaysia pula.
  2. Bila meningkat dewasa, saya cuba dekati akhbar ini sepertimana zaman kecil dan sekolah dahulu, tetapi sukar. Utusan Melayu (nama dahulu) tidak lagi seperti dulu.
  3. Saya semakin jelak dan bosan dengan kandungan berita di dalamnya. Ia telah menjadi bahan atau medium kepartian, dimana politik berlebihan telah diamalkan dalam melaporkan sesuatu berita.
  4. Sebagai contoh, jika isu Anwar Ibrahim dilaporkan di muka surat 1 (main page), anda akan dapati juga di muka surat 2,3,4 dan 5 surat khabar tersebut. Isunya hanya satu, tetapi komen daripada menteri kabinet serta ahli potik berhaluan kanan akan menghiasi muka surat yang lain. Yang pasti, semua pendapat adalah sealiran, tidak ada yang kontra.
  5. Saya jelak, rakyat juga jelak. Berita tentang politik dilaporkan secara melampau di dalam Utusan Malaysia. Jika mahu mengimbangi surat khabar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan, UMNO boleh mewujudkan akhbar kepartian sendiri sebagai lidah mereka dalam menangkis tohmahan pembangkang.
  6. Saya sedih, kerana secara tidak sedar saya lebih suka membaca akhbar The Star, NST ataupun Berita Harian yang mana laporannya lebih bersifat telus, kritikal dan komprehensif.
  7. Utusan Malaysia yang dikatakan lidah Melayu kini menjadi gajah putih, apabila nilainya semakin nipis di kalangan masyarakat, senipis kandungannya yang hanya beberapa mukasurat.

    Utusan Melayu adalah wadah perjuangan bangsa Melayu ketika pra-kemerdekaan negara

  8. Program yang saya lalui dahulu seperti Akhbar Dalam Darjah yang menggunakan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi, kini perlu dipikirkan semula samada relevan atau tidak. Saya tidak rasa akhbar ini sesuai, melainkan kandungannya dirombak semula agar sesuai dengan persekitaran akademik yang lebih bersifat penerokaan, analisis, dan memupuk minda masyarakat.
  9. Jualan Utusan merosot jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, ini adalah indikator awal terhadap penerimaan masyarakat Melayu terhadap akhbar ini. Iklan juga semakin berkurangan, sedangkan akhbar Metro yang lebih mengutarakan isu-isu sosial yang bersifat ‘daring’ menghimpunkan jumlah pembaca yang lebih ramai.
  10. Ini mencetuskan fenomena adakah masayarakat Melayu lebih sukakan berita begini?
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: