Home > Politik/Isu semasa > Paul Si Sotong Psikik

Paul Si Sotong Psikik

  1. Sotong Paul telah menjadi popular dalam masa yang singkat semasa Piala Dunia 2010. Disebalik kontoversi yang dicetuskan oleh pengadil terhadap keputusan yang dibuat, Piala Dunia kali ini tidak mungkin melupakan si sotong kurita ini.
  2. Ketepatannya untuk meramalkan kesemua perlawanan yang disertai Jerman adalah sesuatu yang hebat. Ini menjadikan si bomoh Paul ini terkenal, lalu akuarium Jerman dikerumuni wartawan dan juga pelawat.
  3. Yang terhebat ialah bila si Paul ini meramalkan Sepanyol akan mengatasi Belanda pada perlawanan akhir, dan nyata ianya tepat. Maka keputusan ramalannya adalah 8 per 8 perlawanan yang diramalkan, iaitu 100% tepat!
  4. Bagaimana Paul membuat ramalan? kupang diletakkan pada kedua-dua bekas plastik yang mengandungi bendera negara yang bertanding, maka kupang dari bekas plastik mana yang dimakan Paul, maka negara itu yang diramal menang.
  5. Kuasa Psikik Paul ini mula menjadi ikutan apabila Mani iaitu seekor burung kakak tua bersaiz kecil (small parrot) turut membuat ramalan, dan di Thailand pula menggunakan panda bernama Lin Ping.
  6. Kisah Paul ini mengingatkan kita bahawa kuasa psikik dan ajaib, masih dipercayai, malah menjadi amalan kepada sesetengah atlit dalam penyertaan mereka. Ada yang memakai baju yang dianggap ajaib, makan makanan yang istimewa sebelum bertanding, atau membuat pergerakan tertentu sebagai amalan kepada ‘ritual’ tadi.
  7. Di Malaysia ianya tidak mustahil. Tangkal, azimat, jampi serapah juga masih dipercayai dan dipakai bagi meningkatkan peluang mereka untuk meraih sesuatu.
  8. Jika Paul ini diberikan peluang untuk meramal nasib pasukan bola sepak Malaysia seperti gambar di bawah ini (kredit kepada OKBEB.COM), adakah ianya akan begitu?

    Paul tidak akan dibakar atau di salai oleh rakyat Malaysia jika ini keputusan yang diramalkannya

  9. Adalah kita sebagai muslim perlu percaya pada Allah yang menetukan segalanya, kerana DIA lah tuhan pencipta alam ini.Wallahualam.
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. kamarul
    July 14, 2010 at 10:07 am

    Malangnya sotong ni dah pencen lepas worldcup hahahh

  2. ct_bunga
    July 28, 2010 at 3:49 am

    ya, sy percaya memg manusia suka mengintai nasib dan rezeki mereka di sebalik awang awangan yang tidak berpangkalan di jalan yang betul..tidak hanya di tujukan kepada non muslim sahaja tetapi muslim juga…mereka bukan tidak beriman cuma mungkin kesedaran yang tidak memenuhi di ruang legar hati dan jiwa mereka untuk tidak mempercayai karut marut tersebut…moga2 kt bkn berada di kalangan meraka2 sekalian..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: