Home > Politik/Isu semasa > Amalan berkorban dan Persepsi Barat

Amalan berkorban dan Persepsi Barat

  1. Hari Raya Aidiladha baru saja berlalu (semasa artikel ini ditulis pada Disember 2009). Ianya disambut seluruh umat Islam di dunia dengan penuh kesyukuran. Ianya disambut pada 10-13 Zulhijjah dalam kalendar Islam.
  2. Pada hari tersebut, pelbagai haiwan seperti unta, kibas, kerbau, kambing dan lembu disembelihkan dan dikorbankan. Ianya sebagai simbolik yang lazim dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia sebagai mengingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S untuk disembelih semata-mata menuruti perintah Allah.
  3. Ini ialah satu pengorbanan di dalam Islam, di mana perintah Allah adalah perintah yang tertinggi dan perlu dihayati dan dituruti. Tatkala pisau sembelihan diletakkan di leher Nabi Ismail, maasya Allah..Lalu tertukarlah Nabi Ismail tadi dengan satu ‘sembelihan yang besar’ yang kini ditafsirkan sebagai kambing/domba.
  4. Kisah ini membawa banyak manifestasi umum yang dangkal pemikirannya dan tidak mahu berfikir, sehingga menimbulkan persepsi tersendiri tanpa mahu memikir secara mendalam apakah maksud yang tersirat disebalik peristiwa ini.
  5. Nabi Ibrahim mendapat ‘arahan’ dari ALLAH ini melalui mimpinya, dimana beliau melihat dalam mimpinya yang beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail. Mimpi para Nabi Allah dikira sebagai wahyu, maka ianya akan dilaksanakan.
  6. Maka berkatalah Nabi Ibrahim pada anaknya; “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab: ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'” (QS. ash-Shaffat: 102)
  7. Nabi Ismail merelakan penyembelihan ini tanpa keraguan mahupun berdebat akan arahan itu. Jawab si anak; “Wahai ayahku laksanakanlah apa yang diperintahkan. “Janganlah engkau gelisah karena aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah. “Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
  8. Inilah puncak kesabaran yang lahir dari seorang anak dan tentunya orang tuanya lebih sabar. Kesabaran, keimanan, kepatuhan, kesanggupan melakukan apa saja demi Allah S.W.T adalah elemen penting dalam kisah ini.
  9. Pada masa kini, Hari Raya Korban disambut dengan mengorbankan haiwan ternakan untuk disembelihkan kepada fakir-fakir miskin, diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Alhamdulillah ianya masih menjadi tradisi, harap ianya juga dihayati.

    Amalan berkorban masih diamalkan secara gotong royong

  10. Cuma timbul persepsi orang Barat bahawa ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap haiwan yang dikorbankan, kerana banyak haiwan yang disembelih dengan pisau yang tajam dan banyak darah yang mengalir.
  11. Fitrah oraang Barat yang berterusan mencari isu untuk memburukkan Islam, seolah-olah mereka saja yang betul. Mereka menyatakan penyembelihan ini adalah zalim, (cruelty), dan menunjukkan Islam ini tidak beretika. lihat; http://www.waleg.com/archives/002279.html
  12. Mereka ini tidak tahu bahawa untuk menyembelih haiwan sekalipun, Islam mempunyai caranya yang tersendiri. Antaranya ialah mesti putus urat marikh, pisau mesti tajam, mengadap kiblat, haiwan yang mahu disembelih tidak boleh didedahkan kepada haiwan yang lain, haiwan yang bunting tidak boleh disembelih dan sebagainya. Malah untuk menyembelih ayam-ayam di kilang pun diletakkan voltan elektrik yang rendah, demi memastikan kematian ayam adalah disebabkan penyembelihan, bukannya dari hasil kesan renjatan elektrik.
  13. Ini tidak dapat dilihat dari amalan masyarakat barat. Mereka menggunakan voltan yang tinggi di dalam kilang untuk mematikan ayam, lembu dan sebagainya, memukul babi dengan objek yang keras supaya haiwan itu mati, malah menyaksikan sambil bersorak menonton sukan laga lembu di Sepanyol. Zalimnya.

    Padah mempersendakan haiwan, inilah akibatnya. Padan muka si matador.

  14. Walaupun terdapat pertubuhan yang berdaftar di barat dan menggelarkan diri mereka sebagai anti kezaliman binatang seperti http://www.petitionspot.com/petitions/AnimalRightschicken/ , http://www.kentuckyfriedcruelty.com/ , PETA ( http://www.peta.org/ ), ianya hanya bersifat permusuhan dalam perniagaan, tetapi secara zahirnya masyarakat barat juga yang mengamalkan kezaliman, bukan sahaja pada haiwan, tetapi sesama manusia!
  15. Mereka perlu merujuk kepada Islam yang lebih teratur, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak zalim seperti mereka. Wallahualam.
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: