Home > Politik/Isu semasa > Demam Facebook (FB)

Demam Facebook (FB)

  1. Saya amat khuatir dengan kewujudan laman-laman web sosial yang kini makin sinonim dengan remaja masa kini. Di sini mereka mampu untuk bersosial tanpa ada sempadan.
  2. Atas dasar bersahabat ini, maka kita boleh berkawan dengan siapa sahaja, tidak kira apa jantina, bangsa, agama mahupun negara.
  3. Saya juga ada Facebook. Sebagai orang muda saya tidak mahu ketinggalan dalam merasai kecanggihan dunia persahabatan moden ini. Melalui FB ini, saya dapat menjejak semula rakan-rakan lama yang sudah lama tidak ditemui ataupun yang terputus hubungan.
  4. FB juga mengundang celaka kepada mereka yang menggunakannya secara tidak bertanggungjawab. Melalui fungsi tagging, kita boleh tag sesiapa sahaja, walaupun orang itu kini sudah bertukar status, dulunya bujang dan kini sudah berkahwin.
  5. Ini menggalakkan hubungan perkahwinan yang dibina berkocak, di sebabkan sang suami melihat gambar isterinya yang di tag dengan lelaki lain tanpa disedari isterinya itu. Orang lain boleh melakukan sabotaj ke atas anda juga!
  6. Yang sudah berkahwin pula meluahkan kebosanan hidup mereka di dalam ruang siber ini, adakah tindakan ini bijak? Dan komen yang diterima juga banyak, malah mendatangakan marah sang suami bila mengetahui isterinya meluahkan sesuatu kepada orang lain.
  7. Kini orang politik juga menggunakan FB untuk memperkuatkan pengaruhnya. Mungkin ini pendekatan yang lebih mesra rakyat, sejauhmana komen yang diterima cuba diambil kira, Wallahualam.
  8. Saya menasihatkan jika anda sudah berumah tangga, elakkan melakukan perkara diatas demi keharmonian dan kerukunan rumah tangga.
  9. Mudah saja, adu saja masalah kepada Cik Abang!
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. ct_bunga
    July 28, 2010 at 3:57 am

    Facebook…facebook….itulah luahan hati sy kepada suami…asal pulang dr keje, terus saje di bukakan laptop dan access fb…geram, sakit hati , panas hati semua ada…bl ditegur masan mecuka la jawabnye…sy sendiri tidak faham kenapa dia sungguh suka mengadap fb…sy pon ada fb tetapi sbg medium u berhubung ngn family n kawan2 yang jauh apabila diperlukan sahaja…sy tidak jadikan fb kegilaan sy…cepat bosan adalah…sy sndri tidak tahu bagaimana hendak mengubah pemikiran suami sy ini..selalu ditegur kan berperang pulak rumah tangga sy nt…kalau pandai limit kan pengunaan fb sy rase tidak akan ada masalah…maknanye di sini individu kenala ada kesedaran sendiri untuk menggunakan fb ke arah perlakuan yang berfaedah atau sebaliknye…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: