Home > Politik/Isu semasa > Kebebasan Yang Disalahertikan

Kebebasan Yang Disalahertikan

  1. Dekad ini menyaksikan manusia semakin bebas dalam melakukan apa sahaja yang mereka suka. Bagi mereka hak untuk setiap manusia memilih dan bersuara adalah nikmat kebebasan yang harus digunakan sebaik-baiknya.
  2. Di negara barat ianya telah lama dipraktikkan. Mereka bebas untuk bercakap apa sahaja, buat sesuatu yang mereka inginkan tanpa ada batas atau sempadan dari segi agama, budaya dan tatasusila. Bagi mereka apa yang menghalang kebebasan adalah masyarakat yang mundur, tidak maju, primitif dan terkebelakang. Kesimpulan mudah mereka adalah yang terbaik.
  3. Oleh itu, kita dapat saksikan kebebasan yang disalahertikan kini meracuni minda generasi kini. Jika dahulu mahu menerbitkan sesuatu hasil penulisan memerlukan penyediaan yang raoi, baik dari segi faktanya, isinya serta ketepatan maklumat yang ditulis. Tapi kini itu semua sudah tiada, malah kita mampu menerbitkan hasil tulisan hanya dalam beberapa saat melalui capaian internet.
  4. Maka kita menyaksikan lahirnya tangan-tangan baru dalam bidang penulisan alam siber, tetapi sifar dari segi nilai penulisan. Malah mereka tidak mengerti pun akan tajamnya mata pena itu.
  5. Abdul Rahim Kajai ketika dahulu meniupkan semangat kebangsaan melalui penulisan patriotik, berjiwa bangsa dan jujur. Sebaliknya kini, penulisan lebih cenderung kepada elemen menghasut dan menghina orang lain. Fakta dan ketepatan isinya usah di tanya, malah sumber pun tidak jelas.

    Bapa kewartawanan Malaysia, Allahyarham Abd. Rahim Kajai

  6. Penulisan kini cenderung untuk menjurus kepada perkauman; racisme, perjuangan terhadap kepentingan kaum tertentu, unsur politik yang berlebihan, berita hiburan yang melampau, fakta rasmi yang disorokkan serta tidak jujur dalam menghasilkan karya.
  7. Maka wujudlah sentimen cemburu, dengki, marah serta dendam kepada pihak tertentu atau kelompok masyarakat yang tidak disukai itu.
  8. Kebebasan tidak bermakna bebas melakukan apa saja. Apakah makna kebebasan jika ianya mengundang kecelakaan?
  9. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk perlu menjelaskan kepada rakyatnya, kebebasan bukanlah hak mutlak individu, tetapi tertakhluk kepada parameter-parameter tertentu.
  10. Hak ini bagi menjamin kearah mewujudkan negara yang aman dan harmoni.
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: