Home > Politik/Isu semasa > Liputan Imam Muda di akhbar Switzerland

Liputan Imam Muda di akhbar Switzerland

  1. Saya amat tertarik dengan satu berita yang dilaporkan akhbar tempatan hari ini bahawa rancangan realiti Imam Muda mendapat liputan agensi negara asing seperti Switzerland. Ini adalah hebat!
  2. Lalu saya pun membuat carian di internet untuk melihat sendiri laporan tersebut, dan ternyata ianya benar. Malangnya laporan tersebut ditulis di dalam bahasa Switzerland, sukar untuk saya fahami.
  3. Bagi saya ini rancangan realiti asli dari Malaysia, dalam usaha memilih imam muda yang tentunya arif tentang soal fardhu ain dan kifayah di dalam Islam. Walaupun ia tidak mendapat tajaan hadiah yang meluas serta melambung tinggi seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, Mentor ataupun One in a Million, ianya berjaya menarik wartawan Eropah untuk mebuat liputan terhadap program ini.
  4. Program baik serta bermanfaat ini tidak mendapat tempat di Malaysia, tetapi dihargai oleh orang luar.  Rakyat Malaysia lebih suka memberi tumpuan kepada acara hiburan duniawi seperti Akademi Fantasia, Roda Impian,Who Want To Be a Millionaire dan Sehati Berdansa walaupun program ini sudah diketahui meniru dengan lesen program-program hiburan barat.
  5. Tahniah kepada Astro Oasis kerana sanggup melaburkan kantung anda ke arah program kebaikan dan keagamaan seperti ini. Pujian kepada penerbit kerana berjaya meyakinkan para penaja hadiah yang saya dengar agak lumayan kali ini. Sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi; semua ini adalah habuan kepada pemenang. Selain itu,pemenangnya juga akan ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  6. Anda boleh layari akhbar Tagesanzeiger di url :  http://www.tagesanzeiger.ch/ausland/asien-und-ozeanien/Malaysia-sucht-den-SuperImam-/story/24856512
  7. Syabas Imam Muda dan Astro Oasis.
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. July 15, 2010 at 7:34 am

    Ye, saya setuju… rancangan tu memang SANGAT bagus. Cuma sy x pernah tonton sebab x de astro dirumah.. huhuhuhu… Akademi fantasia/ mentor etc ditayangkan di saluran TV percuma.. tetapi rancangan seperti ini ditayangkan hanya di saluran berbayar. Mungkin ini menjadi salah satu faktor kurang mendapat sambutan berbanding Akademi Al-Quran yang disiarkan tv 9.

    • July 15, 2010 at 7:39 am

      ya, cadangan yang baik..mungkin tv3 boleh ikut usaha astro ini

  2. ct_bunga
    July 28, 2010 at 3:41 am

    usaha yang amat baik sekali bl astro mengadakan realiti program “Imam Muda”…dulu sy ada pernah tgk program ini tp cuma seketika kerana kekangan masa.. intipadi di dalamnye amat bgus sekali..sampaikan kakak ipar sy ckup fanatik dengan rancangan ini..tp tidak pula pada sy..kerana sy msih berjiwa muda n rock…hehehe..namun begitu, sedikit sebanyak rancangan ini membuka minda dan jiwa sy ke arah y lebih baik..kl dibandingkan dengan program realiti terbitan stesen televisyen yang lain, blh dikreditkan 5 star u program “Imam Muda” ini..beza dan sgt berbeza sementalaah program ini ialah “pure” n “origin” drp idea anak bangsa kt berbanding ngn program lain yang siap di adun, di ganyah dan di ciplak intipatinye…sy sungguh berbangga di atas usaha yang sungguh murni ini..semoga ianye memberi keberkatan kepada penonton2 termasuk sy jua…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: