Home > Politik/Isu semasa > Realiti Orang Kita

Realiti Orang Kita

  1. Orang kita, orang Malaysia tanpa mengira bangsa mereka samada Melayu, Cina dan India mempunyai satu persamaan, perasaan bangga terhadap produk keluaran asing berbanding produk tempatan.
  2. Ini bukan lah retorik atau sindiran, tetapi ianya berlaku di alam realiti kita. Saya cuba mengupas isu ini dari senario yang berlaku, melalui pandangan peribadi saya.
  3. Isu yang diketengahkan ialah kereta nasional negara, Proton. Sejak kehadiran Perodua sebagai syarikat automobil yang kedua di negara ini, terutamanya selepas kelahiran Myvi, jualan Perodua terus melonjak naik malah mendominasi pasaran kereta tempatan.
  4. Secara jujurnya, saya akui bahawa Perodua mengambil langkah bijak dengan membawa masuk Myvi sebagai saingan kepada Proton Savvy yang baru dilancarkan ketika itu. Kereta kompak ini lebih ‘cun’, bergaya, comel dan menarik perhatian pembeli.
  5. Pada masa yang sama, Proton Savvy pula mengenengahkan keteguhan strukturnya yang lebih tinggi dan tahan berbanding pesaing kelasnya. Ditambah pula dengan pemanduan Lotus yang memang stabil dan menyeronokkan.
  6. Tetapi kita perlu tahu bahawa hakikat dan fitrah manusia bahawa mereka suka apa yang mereka nampak, secara lahiriah dan fizikalnya dapat dilihat. Dari sudut ini sahaja, Proton telah tewas kerana reka bentuk Proton Savvy yang tidak menarik, malah Myvi jauh lebih menarik dan bergaya.
  7. Apabila faktor luaran ini tidak ‘impress’ seseorang untuk membelinya, maka sukar bagi kereta Proton ini untuk bersaing, apatah lagi untuk mendapatkan ROI-Return of Investment. Balik mo0dal belum tentu lagi..
  8. Pengguna pula tidak akan kisah tentang Lotus Handling, Safety Features, Fuel Save, asalkan kereta mereka nmapak menarik dan bergaya secara lahiriahnya. Segala penampilan yang tersembunyi (hidden features) adalah perkara kedua dan kurang diambil peduli.
  9. Proton Savvy teruk dikecam dan direndahkan oleh masyarakat Malaysia sendiri, dikatakan kereta yang terburuk pernah dikeluarkan. Kesan jualan domestik terus rendah, dan pada masa yang sama Myvi terus menjadi tarikan utama pembeli.

    Proton Savvy yang tewas kepada saingannya, Myvi walaupun keduanya adalah dari segmen yang berbeza

  10. Saya tidak kisah kerana itu hak pengguna, mereka berhak membuat keputusan kerana itu wang mereka. Apa yang menjadi perhatian saya ialah segelintir golongan yang terus-menerus mengutuk dan memberi kritikan terhadap produk buatan tempatan ini.
  11. Sedarkah mereka bahawa Perodua yang dikatakan ‘2nd national car builder’ cuma melakukan penjenamaan semula, yang dilakukan sedikit pengubahsuaian untuk pasaran Malaysia?
  12. Myvi- Daihatsu Sirion, Kenari- Daihatsu Move, Kancil dan Kelisa-Daihatsu Mira,Kembara-Daihatsu Terios, dan yang terbaru, MPV Alza- Toyota Passo Sette. Realitinya walau kita akui produk ini ialah produk tempatan, tetapi ianya tetap dikaitkan dengan negara asal dan pembuatnya. Tidak akan ada nama Malaysia, malah syarikat Malaysia juga terpaksa membayar royalti yang tinggi terhadap syarikat-syarikat gergasi dari Jepun ini.

    Daihatsu Sirion dan Myvi tiada bezanya

  13. Proton juga belajar dari Mitsubishi untuk menegeluarkan Proton Saganya yang pertama, dan kini telah belajar untuk berlari setelah sekian lama bertatih dan merangkak bertongkatkan Mitsubishi.
  14. Agak hairan juga produk tempatan seperti Proton Savvy yang teruk di’kondem’ mencatat jualan tertinggi bagi jualan kereta Proton di luar negara. Faktanya seperi berikut;  “Awang Adek berkata, sehingga September ini, jumlah pengeluaran dan jualan kereta Savvy masing-masing sebanyak 38,460 unit dan 28,761 unit. Beliau berkata, Proton Savvy mendapat sambutan baik di pasaran negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
“Kos pelaburan termasuk kos pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi model Savvy sebanyak RM504 juta manakala hasil jualan daripada model ini bagi tempoh lima tahun dari 2005 hingga Sept lepas di pasaran domestik, hampir mencecah RM694 juta dengan 28,671 unit terjual,” katanya. – Sumber Berita Harian ( http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091125143557/Article/ )
  • Proton Savvy juga mencatat jualan yang tertinggi di UK bagi model kereta Proton. Ini adalah ‘figures’ yang didapati dari laporan Majalah 3. Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=5_EKtO4U9Vc .Orang luar nampaknya lebih menghargai kereta kita berbanding kita sendiri yang lebih suka memperleceh dari memberi pandangan yang membina.
  • Teruslah menyokong produk kita, kerana ia wajah kita. Malaysia Boleh!
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: