Home > Uncategorized > Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kian terpinggir

Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kian terpinggir

  1. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa ini adalah bahasa rasmi untuk negara Malaysia. Dari kecil ketika di sekolah kebangsaan, saya dan rakan-rakan diajar tentang tatabahasa, membuat karangan, membuat laporan eksperimen di dalam Bahasa Melayu.
  2. Transformasi pendidikan telah berlaku dengan pesatnya. Kini bahasa Melayu menjadi terkebelakang. Subjek Matematik dan Sains kini diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).
  3. Kini Kolej Matrikulasi KPM pula menggunakan BI sebagai medium penyampaian di dewan kuliah.
  4. Di Universiti ianya kelihatan lebih sukar, hampir 100% mediumnya ialah Bahasa Inggeris. Hanya universiti kesayangan saya, UKM masih mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, walaupun kebelakangan ini banyak kuliahnya sudah dikendalikan dalam BI.
  5. Di alam kerjaya, BM tidak lagi dipandang sebagai bahasa yang mempunyai nilai. Emel, surat rasmi, perjanjian rasmi, mesyuarat, semuanya di dalam BI. BM hanya digunakan bila mahu ke kafe dan memesan roti canai dan segelas teh tarik.
  6. BM tidak lagi menjadi jiwa kita. Kita telah mengeluarkan BM dari segala peringkat pendidikan. Malah ada yang skeptikal mengatakan menggunakan BM adalah tidak ‘class’ dan golongan yang dipandang rendah. Alangkah malangya kita , BM adalah bahasa kebangsaan tetapi dipandang rendah sebegitu sekali.
  7. Bertambah malang, orang Melayu juga tidak mengagungkan bahasa ini. Mereka megah menutur kata dalam bahasa penjajah ini, kata mereka tiada nilai komersial.
  8. Tetapi perasankah kita bila kita bertutur BI dengan mat salleh, tidak sedikitpun mereka bangga dengan kita? Mereka akan lebih kagum jika kita bercakap Melayu dengan mereka, kerana ketika itu mereka perlu belajar bahasa kita untuk memahami apa yang dituturkan.
  9. Jika orang Jepun dan Perancis boleh pergi kemana-mana di muka bumi ini tanpa tahu bercakap BI, kita juga perlu menjadi seperti mereka.  Orang Malaysia perlu bersifat kebangsaan, pada masa yang sama tahu berbahasa Inggeris, dan ini adalah nilai tambah juga kepada kita.
Advertisements
Categories: Uncategorized
  1. ct_bunga
    July 28, 2010 at 3:31 am

    Memg, bahasa melayu terpinggir…cth amat terdekat, company y mengutamakan bahasa luar dr bhasa kebangsaan sbg bahasa rasmi company tersebut…lepas tu bl kt berbahasa melayu, depa2 yang x berpijak di bumi yang nyata nie, gelakkan la pulak,…kl ini berlarutan, bagaimana la kt hendak memartabatkan bahasa kt…sampai sekarang sy tidak faham, bagaimana pejuang2 kt dahulu blh mengekalkan bahasa ibunda ini sehingga di angkat sebagai “language franca” (kl x silap sy, ejaan nye mcm tula) di mana membawa maksud bahasa pengantar…sedangkan di zaman kt skrg, bahasa ibunda bukan seakan dipinggirkan tetapi memg dipinggirkan..sementalaah pula, bl sesi interview, main languange ialah “english”…kt org melayu,di bumi malaysia, tetapi bahasa luar pula diangkatnye…aduhhh sy memg tidak faham macam mane ini berlaku…kenapa mahu martabatkan bahasa luar dr bahasa ibunda kt?kenapa dan kenapa?? penat berbicara kl kt org bawahan yang tidak pernah didgr rintihan bersuara saje berfikir..entah bila la bahasa ibunda kt ini akan dimartabatkan semula seperti zaman kegemilangannye dahulu…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: