Archive

Author Archive

Malaysia VS Vietnam Suzuki Cup 2010

December 17, 2010 Leave a comment
  1. Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia ke atas Vietnam dengan jaringan 2-0 adalah sesuatu yang amat menggembirakan saya. Bukan hanya kemenangan yang menjadi faktor saya dan peminat bola sepak kebangsaan bergembira, tetapi teruja dengan semangat lebih 50,000 peminat yang sanggup melabur duit untuk menonton perlawanan ini.
  2. Dominasi ketara kawalan bola (ball posession) oleh pasukan Vietnam nyata terserlah, tetapi dalam permainan bola sepak itu bukanlah perkara mutlak menentukan kemenangan. Yang nyata, pasukan Malaysia tentunya lebih bijak menyerap tekanan dibantu aksi tangkas penjaga gawang Khairul Fahmi, menyukarkan Vietnam mencari gol sulung.
  3. Hasilnya, ketenangan pertahanan negara menahan asakan ditukar pula kepada serangan pantas yang merbahaya, dan akhirnya Safee Sali menterjermahkannya kepada gol sulung negara.
  4. Gol kedua menyusul, dan ini meyakinkan kita bahawa tahap bola sepak negara bukanlah rendah sangat hingga boleh dikutuk sebegitu rupa. Sebelum ini, jumlah yang hadir ke stadium tak sampai 10 ribu pun, tapi kali ini fenomenanya berbeza dan diharap ianya menjadi permulaan yang baik dalam membakar semangat pemain untuk terus mengaum.
  5. Hanoi menjadi gelanggang kedua, diharap momentum kemenangan dapat diteruskan pada 18 Disember ini dan seterusnya memberi peluang semula kepada skuad Harimau membalas dendam kepada sang Garuda yang memalitkan maruah kita pada perlawanan pertama tempoh hari.
Categories: Uncategorized

Ulasan dari program Soal Jawab TV3: Mahasiswa Dibenar Berpolitik?

  1. Saya mengikuti dengan teliti tentang isu mahasiswa dibenarkan berpolitik, yang menjadi perdebatan antara dua tetamu undangan dalam program Soal Jawab TV3 semalam, iaitu hari Rabu 4 Ogos 2010. Dua tetamu tersebut adalah Tan Sri Ibrahim Abu Shah, mantan Naib Canselor UITM dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
  2. Kedua-duanya jelas mempunyai pandangan yang jelas berbeza, baik isinya, hujah serta pandangan dari perspektif masing-masing. Mantan NC UITM secara jelas tidak bersetuju dengan kebenaran mahasiswa untuk berpolitik, dengan alasan ianya tidak sesuai dengan iklim politik masa kini. Datuk Saifuddin pula dengan sinis membidas satu persatu-satu hujah Tan Sri Ibrahim, kerana baginya, mahasiswa perlu diberi peluang untuk berpolitik dan alasan tidak membenarkannya adalah satu kesilapan.
  3. Bagi saya, sebagai bekas mahasiswa universiti dan juga mantan YDP sebuah kolej kediaman di UKM,saya tidak bersetuju dengan Datuk Saifuddin yang saya lihat lebih kepada bersifat terlalu mengambil ringan akan implikasi jika perkara ini dibenarkan. Beliau perlu berpijak di bumi yang nyata, tidak terlalu memikirkan teori beliau yang lebih bersifat perkara baik jika ingin dilakukan, akan menghasilkan yang baik.Di dalam hal ini, saya lebih sependapat dengan Tan Sri Ibrahim, dimana hujah beliau lebih relevan dan kena dengan situasi politik sekarang.
  4. Perlu diingat bahawa senario di Malaysia adalah berbeza dengan negara-negara lain. Kita boleh ambil contoh mudah dengan negara-negara barat yang melaungkan keterbukaan dalam demokrasi, bersuara dengan sebebasnya tanpa halangan dan sekatan. Malaysia pula telah diketahui sebagai sebuah negara yang mempunyai kompleksiti yang ekstrim dalam masyarakat plural (majmuk).
  5. Selain majoriti Melayu, kita juga ada Cina dan India, selain bumiputera lain di Sabah dan Sarawak, yang semua ini mempunyai agama yang berbeza, cara hidup dan bahasa yang berbeza. Inilah Malaysia, terdapat banyak kaum dan agama, yang tentunya percakaran tentang sesuatu isu jika tidak dibendung atau ditangani dari awal akan mencetuskan ketegangan dan pergaduhan sesama sendiri.
  6. Sejak Pilihanraya Umum ke 12 berakhir, demam politik tanah air tidak pernah kebah atau reda. Ada saja isu yang dibangkitan, malah tidak selesai, timbul pula yang baru. Parti-parti politik mudah mengeksploitasi sesuatu isu mengikut keadaan, hinggakan semuanya dikaitkan dengan politik. Isu-isu sensitif dibangkitkan dan mahu diperdebatkan, Perlembagaan Persekutuan pula ingin dipinda, kewujudan NGO atau pertubuhan-pertubuhan tertentu yang memperjuangkan kepentingan kaum dan mempunyai agenda tersirat; semua ini adalah dari politik!
  7. Kumpulan-kumpulan pendesak ini mempunyai sokongan akar umbi yang sangat luas, baik dari golongan veteran, belia serta mahasiswa universiti serta pelajar sekolah. Kumpulan ini rupanya lupa bahawa demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah demokrasi berparlimen dimana tertakhluk kepada parameter-parameter tertentu, dan bukanlah kebebasan secara total. Percaya atau tidak, kumpulan pendesak ini adakalanya lebih radikal dan berkuasa dari kerajaan, apabila sesuatu perkara didesak secara berterusan, akhirnya pihak kerajaan akan tunduk jua menuruti kemahuan mereka.
  8. Maka saya tidak melihat apa pentingnya diberi kebenaran untuk mahasiswa berpolitik. Cukuplah! Letih rasanya bila terlalu penat berpolitik, kita hilang yang lain iaitu perkara yang lebih penting; ekonomi dan pendidikan. Tiga tahun yang diperuntukkan untuk memiliki segulung ijazah adalah tempoh yang sangat pendek, dimana mahasiswa perlu bijak memilih jam kredit yang diperuntukkan supaya dapat dilengkapakan dalam jangka masa waktunya. Belajarlah, timba ilmu dan pengalaman di kampus tanpa perlu campurtangan ahli politik serta parti luar yang boleh dianggap virus dalam meracuni minda mahasiswa.
  9. Apa yang lebih perlu bagi saya ialah memastikan pilihanraya kampus diadakan dengan lebih telus, tanpa campurtangan kakitangan serta penglibatan pihak Universiti yang menyusun calon-calon mereka. Adakan secara bebas, tanpa pengaruh parti politik luar dan diadakan dalam suasana politik kampus, dimana manifesto yang dijanjikan lebih bersifat mewujudkan keilmuan dan keintelektualan para mahasiswa.
  10. Ini adalah perkara asas yang perlu dipegang. Bagi saya, politik semasa yang sedang berlaku kini adalah sangat tidak sihat dan tidak matang, walaupun ahli parlimen yang bersidang telah menjangkau umur veteran. Kenapa ianya tidak matang?Kerana isunya hanya satu, ahli-ahli parlimen ini bersifat kepartian, dan menjaga periuk nasi mereka sahaja, walaupun menyedari parti mereka di pihak yang salah dalam sesuatu isu dan tidak mengakuinya! Sungguh hipokrit….
  11. Datuk Saifuddin Abdullah perlu turun padang, dengar pandangan dan lihat sendiri mahasiswa-mahasiwi kita di IPT. Saya dapat memberi jaminan jika mahasiswa dibenar menjadi ahli politik, kesucian universiti akan terhakis sebagai gedung ilmu yang sepatutnya melahirkan graduan yang berbakat, berlimu dan berpengetahuan, tetapi  menjadi tempat untuk menyemai perasaan kepartian, berpuak-puak, tidak harmoni malah masalah ‘bias’ dalam segala hal akan berleluasa, tidak kira samada pelajar ataupun pensyarah.
  12. Melainkan pada suatu hari nanti, politik kita kembali tenang dimana semua kaum di Malaysia tidak lagi memiliki sentiment primordial  yang tinggi, dan proses asimilasi rakyat Malaysia telah berlaku, tatkala itu biarkanlah mahasiswa berpolitik.
Categories: Uncategorized

Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kian terpinggir

July 19, 2010 1 comment
  1. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Bahasa ini adalah bahasa rasmi untuk negara Malaysia. Dari kecil ketika di sekolah kebangsaan, saya dan rakan-rakan diajar tentang tatabahasa, membuat karangan, membuat laporan eksperimen di dalam Bahasa Melayu.
  2. Transformasi pendidikan telah berlaku dengan pesatnya. Kini bahasa Melayu menjadi terkebelakang. Subjek Matematik dan Sains kini diajar dalam Bahasa Inggeris (BI).
  3. Kini Kolej Matrikulasi KPM pula menggunakan BI sebagai medium penyampaian di dewan kuliah.
  4. Di Universiti ianya kelihatan lebih sukar, hampir 100% mediumnya ialah Bahasa Inggeris. Hanya universiti kesayangan saya, UKM masih mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, walaupun kebelakangan ini banyak kuliahnya sudah dikendalikan dalam BI.
  5. Di alam kerjaya, BM tidak lagi dipandang sebagai bahasa yang mempunyai nilai. Emel, surat rasmi, perjanjian rasmi, mesyuarat, semuanya di dalam BI. BM hanya digunakan bila mahu ke kafe dan memesan roti canai dan segelas teh tarik.
  6. BM tidak lagi menjadi jiwa kita. Kita telah mengeluarkan BM dari segala peringkat pendidikan. Malah ada yang skeptikal mengatakan menggunakan BM adalah tidak ‘class’ dan golongan yang dipandang rendah. Alangkah malangya kita , BM adalah bahasa kebangsaan tetapi dipandang rendah sebegitu sekali.
  7. Bertambah malang, orang Melayu juga tidak mengagungkan bahasa ini. Mereka megah menutur kata dalam bahasa penjajah ini, kata mereka tiada nilai komersial.
  8. Tetapi perasankah kita bila kita bertutur BI dengan mat salleh, tidak sedikitpun mereka bangga dengan kita? Mereka akan lebih kagum jika kita bercakap Melayu dengan mereka, kerana ketika itu mereka perlu belajar bahasa kita untuk memahami apa yang dituturkan.
  9. Jika orang Jepun dan Perancis boleh pergi kemana-mana di muka bumi ini tanpa tahu bercakap BI, kita juga perlu menjadi seperti mereka.  Orang Malaysia perlu bersifat kebangsaan, pada masa yang sama tahu berbahasa Inggeris, dan ini adalah nilai tambah juga kepada kita.
Categories: Uncategorized

Persona Elegance-most fuel efficient family car-is it true?

Asian Auto-Bosch Fuel Efficiency Awards 2008 had choosed Proton Persona as the Most Efficient Family Car for 2008. The other car is:

Family Car

1. Proton Persona – 6.6L/100km
2. Hyundai Accent – 7.0L/100km
3. Chevrolet Aveo Sedan – 7.3L/100km

Again in 2009 the Persona has repeated the excellent track record but slightly falled to second place in the Small Family Car category as below;

Small Family Cars

Toyota Vios ‘J’ 6.1 (litre/100km)
Proton Persona 6.75 (litre/100km)
Honda City 6.8 (litre/100km)

To view: http://www.zerotohundred.com/2009/auto-news/asian-auto-mudah-my-fuel-efficiency-awards-2009-unveils-malaysia%E2%80%99s-most-fuel-efficient-cars/

Its good to hear about the low fuel consumption(FC) of Persona, as one of the owner of Persona Elegance (PE),we are very proud about this Proton achievement.

Unfortunately, after 3 month (since April 2010) being used the Persona m line (A) and after the milage now beyond the 11500km, i couldnt get the said fuel consumption. My lowest reading are 8.4litre/100 km. Never pass below that number.

Many of PE user also realized the same things, and if you try to google this problem on the net, you could find the issue being discussed actively in the car and automotive forum.

The rumors also spread widely saying that the high FC is due to new ECU used. Last time Proton  have used ECU 16 bit but now for the PE, they had changed it to 32 bit ECU.

Proton has to come with responsibility about this issue. We are hoping the issue will be settled soon.Please explain why the FC doesnt get as what they have win in Asian Auto-Mudah.my Fuel Efficiency Awards 2009 (6.75 (litre/100km)).

All the awards recipient

Categories: Uncategorized

Amalan berkorban dan Persepsi Barat

  1. Hari Raya Aidiladha baru saja berlalu (semasa artikel ini ditulis pada Disember 2009). Ianya disambut seluruh umat Islam di dunia dengan penuh kesyukuran. Ianya disambut pada 10-13 Zulhijjah dalam kalendar Islam.
  2. Pada hari tersebut, pelbagai haiwan seperti unta, kibas, kerbau, kambing dan lembu disembelihkan dan dikorbankan. Ianya sebagai simbolik yang lazim dilakukan oleh umat Islam seluruh dunia sebagai mengingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S untuk disembelih semata-mata menuruti perintah Allah.
  3. Ini ialah satu pengorbanan di dalam Islam, di mana perintah Allah adalah perintah yang tertinggi dan perlu dihayati dan dituruti. Tatkala pisau sembelihan diletakkan di leher Nabi Ismail, maasya Allah..Lalu tertukarlah Nabi Ismail tadi dengan satu ‘sembelihan yang besar’ yang kini ditafsirkan sebagai kambing/domba.
  4. Kisah ini membawa banyak manifestasi umum yang dangkal pemikirannya dan tidak mahu berfikir, sehingga menimbulkan persepsi tersendiri tanpa mahu memikir secara mendalam apakah maksud yang tersirat disebalik peristiwa ini.
  5. Nabi Ibrahim mendapat ‘arahan’ dari ALLAH ini melalui mimpinya, dimana beliau melihat dalam mimpinya yang beliau menyembelih anaknya Nabi Ismail. Mimpi para Nabi Allah dikira sebagai wahyu, maka ianya akan dilaksanakan.
  6. Maka berkatalah Nabi Ibrahim pada anaknya; “Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab: ‘Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'” (QS. ash-Shaffat: 102)
  7. Nabi Ismail merelakan penyembelihan ini tanpa keraguan mahupun berdebat akan arahan itu. Jawab si anak; “Wahai ayahku laksanakanlah apa yang diperintahkan. “Janganlah engkau gelisah karena aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah. “Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”
  8. Inilah puncak kesabaran yang lahir dari seorang anak dan tentunya orang tuanya lebih sabar. Kesabaran, keimanan, kepatuhan, kesanggupan melakukan apa saja demi Allah S.W.T adalah elemen penting dalam kisah ini.
  9. Pada masa kini, Hari Raya Korban disambut dengan mengorbankan haiwan ternakan untuk disembelihkan kepada fakir-fakir miskin, diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Alhamdulillah ianya masih menjadi tradisi, harap ianya juga dihayati.

    Amalan berkorban masih diamalkan secara gotong royong

  10. Cuma timbul persepsi orang Barat bahawa ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap haiwan yang dikorbankan, kerana banyak haiwan yang disembelih dengan pisau yang tajam dan banyak darah yang mengalir.
  11. Fitrah oraang Barat yang berterusan mencari isu untuk memburukkan Islam, seolah-olah mereka saja yang betul. Mereka menyatakan penyembelihan ini adalah zalim, (cruelty), dan menunjukkan Islam ini tidak beretika. lihat; http://www.waleg.com/archives/002279.html
  12. Mereka ini tidak tahu bahawa untuk menyembelih haiwan sekalipun, Islam mempunyai caranya yang tersendiri. Antaranya ialah mesti putus urat marikh, pisau mesti tajam, mengadap kiblat, haiwan yang mahu disembelih tidak boleh didedahkan kepada haiwan yang lain, haiwan yang bunting tidak boleh disembelih dan sebagainya. Malah untuk menyembelih ayam-ayam di kilang pun diletakkan voltan elektrik yang rendah, demi memastikan kematian ayam adalah disebabkan penyembelihan, bukannya dari hasil kesan renjatan elektrik.
  13. Ini tidak dapat dilihat dari amalan masyarakat barat. Mereka menggunakan voltan yang tinggi di dalam kilang untuk mematikan ayam, lembu dan sebagainya, memukul babi dengan objek yang keras supaya haiwan itu mati, malah menyaksikan sambil bersorak menonton sukan laga lembu di Sepanyol. Zalimnya.

    Padah mempersendakan haiwan, inilah akibatnya. Padan muka si matador.

  14. Walaupun terdapat pertubuhan yang berdaftar di barat dan menggelarkan diri mereka sebagai anti kezaliman binatang seperti http://www.petitionspot.com/petitions/AnimalRightschicken/ , http://www.kentuckyfriedcruelty.com/ , PETA ( http://www.peta.org/ ), ianya hanya bersifat permusuhan dalam perniagaan, tetapi secara zahirnya masyarakat barat juga yang mengamalkan kezaliman, bukan sahaja pada haiwan, tetapi sesama manusia!
  15. Mereka perlu merujuk kepada Islam yang lebih teratur, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tidak zalim seperti mereka. Wallahualam.
Categories: Politik/Isu semasa

Realiti Orang Kita

  1. Orang kita, orang Malaysia tanpa mengira bangsa mereka samada Melayu, Cina dan India mempunyai satu persamaan, perasaan bangga terhadap produk keluaran asing berbanding produk tempatan.
  2. Ini bukan lah retorik atau sindiran, tetapi ianya berlaku di alam realiti kita. Saya cuba mengupas isu ini dari senario yang berlaku, melalui pandangan peribadi saya.
  3. Isu yang diketengahkan ialah kereta nasional negara, Proton. Sejak kehadiran Perodua sebagai syarikat automobil yang kedua di negara ini, terutamanya selepas kelahiran Myvi, jualan Perodua terus melonjak naik malah mendominasi pasaran kereta tempatan.
  4. Secara jujurnya, saya akui bahawa Perodua mengambil langkah bijak dengan membawa masuk Myvi sebagai saingan kepada Proton Savvy yang baru dilancarkan ketika itu. Kereta kompak ini lebih ‘cun’, bergaya, comel dan menarik perhatian pembeli.
  5. Pada masa yang sama, Proton Savvy pula mengenengahkan keteguhan strukturnya yang lebih tinggi dan tahan berbanding pesaing kelasnya. Ditambah pula dengan pemanduan Lotus yang memang stabil dan menyeronokkan.
  6. Tetapi kita perlu tahu bahawa hakikat dan fitrah manusia bahawa mereka suka apa yang mereka nampak, secara lahiriah dan fizikalnya dapat dilihat. Dari sudut ini sahaja, Proton telah tewas kerana reka bentuk Proton Savvy yang tidak menarik, malah Myvi jauh lebih menarik dan bergaya.
  7. Apabila faktor luaran ini tidak ‘impress’ seseorang untuk membelinya, maka sukar bagi kereta Proton ini untuk bersaing, apatah lagi untuk mendapatkan ROI-Return of Investment. Balik mo0dal belum tentu lagi..
  8. Pengguna pula tidak akan kisah tentang Lotus Handling, Safety Features, Fuel Save, asalkan kereta mereka nmapak menarik dan bergaya secara lahiriahnya. Segala penampilan yang tersembunyi (hidden features) adalah perkara kedua dan kurang diambil peduli.
  9. Proton Savvy teruk dikecam dan direndahkan oleh masyarakat Malaysia sendiri, dikatakan kereta yang terburuk pernah dikeluarkan. Kesan jualan domestik terus rendah, dan pada masa yang sama Myvi terus menjadi tarikan utama pembeli.

    Proton Savvy yang tewas kepada saingannya, Myvi walaupun keduanya adalah dari segmen yang berbeza

  10. Saya tidak kisah kerana itu hak pengguna, mereka berhak membuat keputusan kerana itu wang mereka. Apa yang menjadi perhatian saya ialah segelintir golongan yang terus-menerus mengutuk dan memberi kritikan terhadap produk buatan tempatan ini.
  11. Sedarkah mereka bahawa Perodua yang dikatakan ‘2nd national car builder’ cuma melakukan penjenamaan semula, yang dilakukan sedikit pengubahsuaian untuk pasaran Malaysia?
  12. Myvi- Daihatsu Sirion, Kenari- Daihatsu Move, Kancil dan Kelisa-Daihatsu Mira,Kembara-Daihatsu Terios, dan yang terbaru, MPV Alza- Toyota Passo Sette. Realitinya walau kita akui produk ini ialah produk tempatan, tetapi ianya tetap dikaitkan dengan negara asal dan pembuatnya. Tidak akan ada nama Malaysia, malah syarikat Malaysia juga terpaksa membayar royalti yang tinggi terhadap syarikat-syarikat gergasi dari Jepun ini.

    Daihatsu Sirion dan Myvi tiada bezanya

  13. Proton juga belajar dari Mitsubishi untuk menegeluarkan Proton Saganya yang pertama, dan kini telah belajar untuk berlari setelah sekian lama bertatih dan merangkak bertongkatkan Mitsubishi.
  14. Agak hairan juga produk tempatan seperti Proton Savvy yang teruk di’kondem’ mencatat jualan tertinggi bagi jualan kereta Proton di luar negara. Faktanya seperi berikut;  “Awang Adek berkata, sehingga September ini, jumlah pengeluaran dan jualan kereta Savvy masing-masing sebanyak 38,460 unit dan 28,761 unit. Beliau berkata, Proton Savvy mendapat sambutan baik di pasaran negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.
“Kos pelaburan termasuk kos pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi model Savvy sebanyak RM504 juta manakala hasil jualan daripada model ini bagi tempoh lima tahun dari 2005 hingga Sept lepas di pasaran domestik, hampir mencecah RM694 juta dengan 28,671 unit terjual,” katanya. – Sumber Berita Harian ( http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091125143557/Article/ )
  • Proton Savvy juga mencatat jualan yang tertinggi di UK bagi model kereta Proton. Ini adalah ‘figures’ yang didapati dari laporan Majalah 3. Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=5_EKtO4U9Vc .Orang luar nampaknya lebih menghargai kereta kita berbanding kita sendiri yang lebih suka memperleceh dari memberi pandangan yang membina.
  • Teruslah menyokong produk kita, kerana ia wajah kita. Malaysia Boleh!
Categories: Politik/Isu semasa

Kebebasan Yang Disalahertikan

  1. Dekad ini menyaksikan manusia semakin bebas dalam melakukan apa sahaja yang mereka suka. Bagi mereka hak untuk setiap manusia memilih dan bersuara adalah nikmat kebebasan yang harus digunakan sebaik-baiknya.
  2. Di negara barat ianya telah lama dipraktikkan. Mereka bebas untuk bercakap apa sahaja, buat sesuatu yang mereka inginkan tanpa ada batas atau sempadan dari segi agama, budaya dan tatasusila. Bagi mereka apa yang menghalang kebebasan adalah masyarakat yang mundur, tidak maju, primitif dan terkebelakang. Kesimpulan mudah mereka adalah yang terbaik.
  3. Oleh itu, kita dapat saksikan kebebasan yang disalahertikan kini meracuni minda generasi kini. Jika dahulu mahu menerbitkan sesuatu hasil penulisan memerlukan penyediaan yang raoi, baik dari segi faktanya, isinya serta ketepatan maklumat yang ditulis. Tapi kini itu semua sudah tiada, malah kita mampu menerbitkan hasil tulisan hanya dalam beberapa saat melalui capaian internet.
  4. Maka kita menyaksikan lahirnya tangan-tangan baru dalam bidang penulisan alam siber, tetapi sifar dari segi nilai penulisan. Malah mereka tidak mengerti pun akan tajamnya mata pena itu.
  5. Abdul Rahim Kajai ketika dahulu meniupkan semangat kebangsaan melalui penulisan patriotik, berjiwa bangsa dan jujur. Sebaliknya kini, penulisan lebih cenderung kepada elemen menghasut dan menghina orang lain. Fakta dan ketepatan isinya usah di tanya, malah sumber pun tidak jelas.

    Bapa kewartawanan Malaysia, Allahyarham Abd. Rahim Kajai

  6. Penulisan kini cenderung untuk menjurus kepada perkauman; racisme, perjuangan terhadap kepentingan kaum tertentu, unsur politik yang berlebihan, berita hiburan yang melampau, fakta rasmi yang disorokkan serta tidak jujur dalam menghasilkan karya.
  7. Maka wujudlah sentimen cemburu, dengki, marah serta dendam kepada pihak tertentu atau kelompok masyarakat yang tidak disukai itu.
  8. Kebebasan tidak bermakna bebas melakukan apa saja. Apakah makna kebebasan jika ianya mengundang kecelakaan?
  9. Malaysia sebagai sebuah negara majmuk perlu menjelaskan kepada rakyatnya, kebebasan bukanlah hak mutlak individu, tetapi tertakhluk kepada parameter-parameter tertentu.
  10. Hak ini bagi menjamin kearah mewujudkan negara yang aman dan harmoni.
Categories: Politik/Isu semasa