Demam Facebook (FB)

July 15, 2010 1 comment
  1. Saya amat khuatir dengan kewujudan laman-laman web sosial yang kini makin sinonim dengan remaja masa kini. Di sini mereka mampu untuk bersosial tanpa ada sempadan.
  2. Atas dasar bersahabat ini, maka kita boleh berkawan dengan siapa sahaja, tidak kira apa jantina, bangsa, agama mahupun negara.
  3. Saya juga ada Facebook. Sebagai orang muda saya tidak mahu ketinggalan dalam merasai kecanggihan dunia persahabatan moden ini. Melalui FB ini, saya dapat menjejak semula rakan-rakan lama yang sudah lama tidak ditemui ataupun yang terputus hubungan.
  4. FB juga mengundang celaka kepada mereka yang menggunakannya secara tidak bertanggungjawab. Melalui fungsi tagging, kita boleh tag sesiapa sahaja, walaupun orang itu kini sudah bertukar status, dulunya bujang dan kini sudah berkahwin.
  5. Ini menggalakkan hubungan perkahwinan yang dibina berkocak, di sebabkan sang suami melihat gambar isterinya yang di tag dengan lelaki lain tanpa disedari isterinya itu. Orang lain boleh melakukan sabotaj ke atas anda juga!
  6. Yang sudah berkahwin pula meluahkan kebosanan hidup mereka di dalam ruang siber ini, adakah tindakan ini bijak? Dan komen yang diterima juga banyak, malah mendatangakan marah sang suami bila mengetahui isterinya meluahkan sesuatu kepada orang lain.
  7. Kini orang politik juga menggunakan FB untuk memperkuatkan pengaruhnya. Mungkin ini pendekatan yang lebih mesra rakyat, sejauhmana komen yang diterima cuba diambil kira, Wallahualam.
  8. Saya menasihatkan jika anda sudah berumah tangga, elakkan melakukan perkara diatas demi keharmonian dan kerukunan rumah tangga.
  9. Mudah saja, adu saja masalah kepada Cik Abang!
Advertisements
Categories: Politik/Isu semasa

Aduhai Pak Hitam

Salam.

  1. Saban hari kita disajikan dengan berita tentang perihal karenah Pak Hitam yang kini membanjiri Malaysia. Pak Hitam yang dimaksudkan disini ialah orang yang datang dari benua Afrika. Saya tidak mengamalkan dasar Apartheid, apatah lagi racisma terhadap mereka yang berkulit hitam. Malah saya pun bukanlah cerah sangat.
  2. Cuma timbul persoalan di benak saya, apakah tujuan utama mereka datang ke sini? Saya tidak pasti jika kedatangan mereka ini menyumbang kepada peratus kehadiran pelancong asing ke Malaysia. Apakah tiket mereka datang kesini? Pelajar?Pelawat?Pelancong?ataupun sekadar menjadikan Malaysia sebagai markas atau modus operandi bagi sindiket yang mereka dalangi?
  3. Saya juga ingin tahu apakah ketirisan yang dilaporkan oleh TV3 dalam 2 minggu kebelakangan ini melalui slot Buletin Utama benar-benar berlaku? Saya menjangkakan jawapannya ialah ia benar-benar berlaku.
  4. Saya pernah berkesempatan berbual dengan salah seorang warga Afrika di Metro Prima, Kepong. Kawasan ini merupakan kawasan hangat dan banyak komuniti Pak Hitam di sini. Saya bertanyakan tentang tujuan dia datang ke Malaysia. Pak Hitam ini memberitahu yang dia adalah pelajar di kolej swasta di KL. Saya lihat kad pelajarnya, tiada kualiti langsung! Ianya sama seperti kad bergambar yang di’laminate’kan.
  5. Apa kejadah ini semua? Saya tidak kisah jika kerajaan Malaysia mahu menjadikan Malaysia ini hab untuk segalanya, termasuklah hab pendidikan. Apabila ianya menjadi hab bermakna kita akan didatangi oleh orang-orang dari seantero dunia. Tetapi pada masa yang sama kerajaan perlu memikirkan adakah secara totalnya kita sudah bersedia untuk menjadi hab?
  6. Secara fizikalnya mungkin ianya ada. Malaysia tiada masalah dari segi menyediakan infrastruktur; samada dalam bidang pendidikan mahupun sukan, tiada cacat celanya. Pada masa yang sama kita juga bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kehadiran-kehadiran orang asing ke tanah air kita ini.

    Padang awam dimonopoli Pak Hitam, ibarat perlawanan Nigeria lawan Cameroon

  7. Realitinya sekarang dapat dilihat dengan jelas tanpa selindung. Kadar gejala sosial terus meningkat, kes jenayah hasil perbuatan dan tindakan warga asing terus meningkat, bilangan pengedar dadah di kalangan rakyat tempatan yang ditangkap di luar negara kerap dilaporkan sejak akhir-akhir ini, serta pergaduhan antara rakyat tempatan dan Pak Hitam ini.
  8. Tertanya-tanya adakah perundangan negara terlalu longgar? Atau sistem pengambilan pelajar antarabangsa yang terlalu lemah? atau ianya dikaburi dengan wang dan mahukan keuntungan(IPTS) melalui jumlah yang ramai datang menuntut di kolej mereka?
  9. Malaysia-Hab Pak Hitam.
Categories: Politik/Isu semasa

Liputan Imam Muda di akhbar Switzerland

July 15, 2010 3 comments
  1. Saya amat tertarik dengan satu berita yang dilaporkan akhbar tempatan hari ini bahawa rancangan realiti Imam Muda mendapat liputan agensi negara asing seperti Switzerland. Ini adalah hebat!
  2. Lalu saya pun membuat carian di internet untuk melihat sendiri laporan tersebut, dan ternyata ianya benar. Malangnya laporan tersebut ditulis di dalam bahasa Switzerland, sukar untuk saya fahami.
  3. Bagi saya ini rancangan realiti asli dari Malaysia, dalam usaha memilih imam muda yang tentunya arif tentang soal fardhu ain dan kifayah di dalam Islam. Walaupun ia tidak mendapat tajaan hadiah yang meluas serta melambung tinggi seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa, Mentor ataupun One in a Million, ianya berjaya menarik wartawan Eropah untuk mebuat liputan terhadap program ini.
  4. Program baik serta bermanfaat ini tidak mendapat tempat di Malaysia, tetapi dihargai oleh orang luar.  Rakyat Malaysia lebih suka memberi tumpuan kepada acara hiburan duniawi seperti Akademi Fantasia, Roda Impian,Who Want To Be a Millionaire dan Sehati Berdansa walaupun program ini sudah diketahui meniru dengan lesen program-program hiburan barat.
  5. Tahniah kepada Astro Oasis kerana sanggup melaburkan kantung anda ke arah program kebaikan dan keagamaan seperti ini. Pujian kepada penerbit kerana berjaya meyakinkan para penaja hadiah yang saya dengar agak lumayan kali ini. Sebuah kereta bernilai lebih RM150,000, pakej menunaikan haji, wang tunai RM20,000 serta komputer riba Apple Macpro dan peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi; semua ini adalah habuan kepada pemenang. Selain itu,pemenangnya juga akan ditawarkan memegang jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  6. Anda boleh layari akhbar Tagesanzeiger di url :  http://www.tagesanzeiger.ch/ausland/asien-und-ozeanien/Malaysia-sucht-den-SuperImam-/story/24856512
  7. Syabas Imam Muda dan Astro Oasis.
Categories: Politik/Isu semasa

Paul Si Sotong Psikik

July 14, 2010 3 comments
  1. Sotong Paul telah menjadi popular dalam masa yang singkat semasa Piala Dunia 2010. Disebalik kontoversi yang dicetuskan oleh pengadil terhadap keputusan yang dibuat, Piala Dunia kali ini tidak mungkin melupakan si sotong kurita ini.
  2. Ketepatannya untuk meramalkan kesemua perlawanan yang disertai Jerman adalah sesuatu yang hebat. Ini menjadikan si bomoh Paul ini terkenal, lalu akuarium Jerman dikerumuni wartawan dan juga pelawat.
  3. Yang terhebat ialah bila si Paul ini meramalkan Sepanyol akan mengatasi Belanda pada perlawanan akhir, dan nyata ianya tepat. Maka keputusan ramalannya adalah 8 per 8 perlawanan yang diramalkan, iaitu 100% tepat!
  4. Bagaimana Paul membuat ramalan? kupang diletakkan pada kedua-dua bekas plastik yang mengandungi bendera negara yang bertanding, maka kupang dari bekas plastik mana yang dimakan Paul, maka negara itu yang diramal menang.
  5. Kuasa Psikik Paul ini mula menjadi ikutan apabila Mani iaitu seekor burung kakak tua bersaiz kecil (small parrot) turut membuat ramalan, dan di Thailand pula menggunakan panda bernama Lin Ping.
  6. Kisah Paul ini mengingatkan kita bahawa kuasa psikik dan ajaib, masih dipercayai, malah menjadi amalan kepada sesetengah atlit dalam penyertaan mereka. Ada yang memakai baju yang dianggap ajaib, makan makanan yang istimewa sebelum bertanding, atau membuat pergerakan tertentu sebagai amalan kepada ‘ritual’ tadi.
  7. Di Malaysia ianya tidak mustahil. Tangkal, azimat, jampi serapah juga masih dipercayai dan dipakai bagi meningkatkan peluang mereka untuk meraih sesuatu.
  8. Jika Paul ini diberikan peluang untuk meramal nasib pasukan bola sepak Malaysia seperti gambar di bawah ini (kredit kepada OKBEB.COM), adakah ianya akan begitu?

    Paul tidak akan dibakar atau di salai oleh rakyat Malaysia jika ini keputusan yang diramalkannya

  9. Adalah kita sebagai muslim perlu percaya pada Allah yang menetukan segalanya, kerana DIA lah tuhan pencipta alam ini.Wallahualam.
Categories: Politik/Isu semasa

Vuvuzela, Jabulani-ikon Piala Dunia 2010

  1. Menonton perlawanan bola sepak untuk Piala Dunia 2010 tidak seperti menonton perlawanan bola sepak yang lain. Kali ini kita seperti tertanya-tanya tentang kehadiran bunyi dengungan yang begitu ketara dan kuat, seolah-olah stadium diserang ribuan tebuan.
  2. Vuvuzela; mencetus fenomena baru untuk edisi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Stadium menjadi bingit kerananya, dan pasukan yang bertanding serta para pemain yang menyertai Piala Dunia 2010 mengadu akan kebisingan trompet yang bingit ini.
  3. Didalam TV bunyinya seperti dengungan tebuan, kuat dan menenggelamkan bunyi yang lain. Juga dikenali sebagai Lepatata atau Stadium Horn, alat ini adalah mainan masyarakat tradisional di Afrika bila menghadiri perhimpunan masyarakat.
  4. FIFA telah memberi keizinan kepada alat ini untuk ditiup di dalam stadium semasa kejohanan, walaupun banyak aduan diterima. Ianya menjadi kontroversi kerana tahap tekanan bunyinya yang sangat tinggi seperti bunyi gajah bertempik, dan boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal jika didedahkan secara berterusan pada jarak yang dekat dengan telinga.
  5. Mungkin jika acara besar yang melibatkan Malaysia, kita perlu membawa masuk kompang, gong atau gendang rebana ubi untuk dipalu bagi menyokong skuad negara, tambahan lagi jika ianya dilangsungkan disini.
  6. Jabulani juga menjadi kontroversi kerana karektor pergerakannya yang susah dijangka bila disepak. Ini juga menjadi alasan kepada para pemain bintang bila mereka tidak dapat menjaringkan sebarang gol di pentas Piala Dunia ini. Rooney, Torres dan Messi pulang hampa tanpa sumbangan jaringan.
Categories: Politik/Isu semasa

Beza Utusan Malaysia dan akhbar lain

  1. Saya suka baca akhbar Utusan Malaysia. Sejak dari kecil ayah dan ibu saya akan membeli akhbar ini, jika hujung minggu pasti tidak ketinggalan membaca Mingguan Malaysia pula.
  2. Bila meningkat dewasa, saya cuba dekati akhbar ini sepertimana zaman kecil dan sekolah dahulu, tetapi sukar. Utusan Melayu (nama dahulu) tidak lagi seperti dulu.
  3. Saya semakin jelak dan bosan dengan kandungan berita di dalamnya. Ia telah menjadi bahan atau medium kepartian, dimana politik berlebihan telah diamalkan dalam melaporkan sesuatu berita.
  4. Sebagai contoh, jika isu Anwar Ibrahim dilaporkan di muka surat 1 (main page), anda akan dapati juga di muka surat 2,3,4 dan 5 surat khabar tersebut. Isunya hanya satu, tetapi komen daripada menteri kabinet serta ahli potik berhaluan kanan akan menghiasi muka surat yang lain. Yang pasti, semua pendapat adalah sealiran, tidak ada yang kontra.
  5. Saya jelak, rakyat juga jelak. Berita tentang politik dilaporkan secara melampau di dalam Utusan Malaysia. Jika mahu mengimbangi surat khabar kepartian seperti Harakah dan Suara Keadilan, UMNO boleh mewujudkan akhbar kepartian sendiri sebagai lidah mereka dalam menangkis tohmahan pembangkang.
  6. Saya sedih, kerana secara tidak sedar saya lebih suka membaca akhbar The Star, NST ataupun Berita Harian yang mana laporannya lebih bersifat telus, kritikal dan komprehensif.
  7. Utusan Malaysia yang dikatakan lidah Melayu kini menjadi gajah putih, apabila nilainya semakin nipis di kalangan masyarakat, senipis kandungannya yang hanya beberapa mukasurat.

    Utusan Melayu adalah wadah perjuangan bangsa Melayu ketika pra-kemerdekaan negara

  8. Program yang saya lalui dahulu seperti Akhbar Dalam Darjah yang menggunakan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi, kini perlu dipikirkan semula samada relevan atau tidak. Saya tidak rasa akhbar ini sesuai, melainkan kandungannya dirombak semula agar sesuai dengan persekitaran akademik yang lebih bersifat penerokaan, analisis, dan memupuk minda masyarakat.
  9. Jualan Utusan merosot jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, ini adalah indikator awal terhadap penerimaan masyarakat Melayu terhadap akhbar ini. Iklan juga semakin berkurangan, sedangkan akhbar Metro yang lebih mengutarakan isu-isu sosial yang bersifat ‘daring’ menghimpunkan jumlah pembaca yang lebih ramai.
  10. Ini mencetuskan fenomena adakah masayarakat Melayu lebih sukakan berita begini?
Categories: Politik/Isu semasa

Melayu adalah minoriti

  1. Satu kenyataan berkenaan dengan komen Dr M tentang kaum Melayu ke mana di dalam blognya ( Lihat: http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana-2.html#more) telah diulas oleh seorang pensyarah dari UM iaitu Prof Madya Dr Azmi Sharom, pensyarah undang-undang Universiti Malaya.
  2. Beliau mendakwa Dr M tidak matang kerana kaum Melayu tidak mungkin menjadi minoriti di tanah air sendiri kerana banyak aspek masih mempunyai majoritinya Melayu.
  3. Saya tidak fikir ini adalah kenyataan seorang Professor yang mempunyai PHD dan berkhidmat di universiti elit seperti UM. Atau mungkin kenyataannya disalah tafsir atau dilaporkan oleh media yang mempunyai kepentingan politik tertentu.
  4. Saya amat menyokong pendapat Dr M bahawa tiada apa yang perlu dibanggakan oleh orang Melayu, walaupun secara kasarnya 60% penduduk Malaysia adalah kaum Melayu, majoritinya hanyalah pada angka.
  5. Hakikatnya bila dikaji secara politik, Melayu hanya ada 20% dari jumlah keseluruhan, minoriti! Dengan adanya 3 parti politik yang saling bercakaran dan merebut pengundi Melayu, maka umat Melayu akan terus layu dan suara mereka akan menjadi lebih ‘sopan’ dan ‘santun’ sehingga tidak kedengaran lagi.
  6. PKR, PAS dan UMNO akan terus bergaduh sesama sendiri, merebut kawasan sekangkang kera, sedangkan pihak lain membaham yang lebih penting iaitu kuasa ekonomi dan pendidikan.
  7. Satu hari nanti kita akan duduk tertiarap apabila kuasa yang ada adalah bukan eksekutif, hanya gah pada nama tetapi tidak membawa apa-apa erti kerana tidak berkuasa dalam membuat keputusan.
Categories: Politik/Isu semasa